Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Alhamdulillah pada 29 Julai 2006, Sabtu yg lalu saya telah menyertai bengkel gubahan hantaran (Bunga Dip & bunga stokin), yg dianjurkan oleh Kahwin.net... Bengkel selama 9 jam (bermula jam 9pg hingga - 6 ptg) itu telah "mengurung" hampir 30 org peserta di dlm Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.
Dalam tempoh 9 jam itu kami mempelajari 4 jenis gubahan iaitu rama2, bunga pahar, cenderahati potpuri (ketiga2nya dr stokin) dan bunga dip (bunga dulang).
Ini merupakan kali pertama saya mengikuti bengkel gubahan seperti ini, & adalah pengalaman baru buat saya... Manual gubahan yg telah disediakan oleh pihak penganjur amat ringkas & mudah difahami.
Sukses?!? Semestinya bengkel itu sukses memandangkan kami yg mengambil bahagian telah berjaya menghasilkan "hasil kreatif" kami, dgn bantuan tenaga pengajar.
Pengalaman membuat bunga stokin mmg menyeronokkan... Bunga dip? hm.. saya rasa saya sanggup beli je bunga dip memandangkan kerjanya yg agak leceh :P walau apa pun, pengalaman belajar tersebut akan saya teruskan... mana tau bila smpi masa boleh jadikan "kraf stokin" dlm gubahan saya...
Berikut adalah gmbr2 yg sempat saya abadikan dr bengkel tersebut. (gmbr2 hasil kreatif saya akan diupdate kemudian.. tak smpt amik gmbr lagi..)
Utk bengkel2 seterusnya,
sila klik di sini. :-D


